Perhimpunan PAS menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur hari ini sejajar dengan seruan Nabi Muhammad untuk menentang kezaliman, kata seorang pemimpin parti itu hari ini.

"GST benar-benar menzalimi rakyat. Menentang kezaliman adalah wajib, sama ada menggunakan kekerasan, lidah atau hati," kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

"Nabi bersabda sebaik-baik jihad adalah kalimah yang benar di sisi seorang penguasa yang zalim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menggesa rakyat menyokong perhimpunan hari ini yang bertemakan 'Himpunan Rakyat Derita; Kenapa kita menentang GST' di Padang Merbuk di ibu negara mulai jam 4 petang tadi.

Perhimpunan itu akan menampilkan ikon Tok Janggut, yang menentang penindasan British mengenakan cukai semasa pemerintahan penjajah itu

[Baca berita penuh/asal]