Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP bidas Zahid diam isu 'projek kroni'
Diterbitkan:  Apr 19, 2015 8:50 PM
Dikemaskini: 12:57 PM

Walaupun melantik kontraktor baru bagi menyiapkan bangunan tambahan IPK Johor yang terbengkalai bernilai RM103.57 juta, tidak bermakna Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid boleh menutup kes terhadap kontraktor yang gagal itu, kata MP DAP.

Memetik jawapan bertulis parlimen daripada menteri itu, Teo Nie Ching berkata ini kerana pembayar cukai perlu menanggung kos tambahan RM17.6 juta untuk menyiapkan projek tersebut.

Katanya, kerajaan telahpun membayar kepada kontraktor asal Global Globe Sdn Bhd sebanyak RM48.3 juta sementara bakinya RM55.23 juta masih belum dibayar, sementara menunggu projek itu siap, kata jawapan itu.

Bagaimanapun syarikat Global Globe diberhentikan kerana gagal menyiapkan projek itu, dan kerajaan melantik kontraktor baru QSE Construction Sdn Bhd bagi meneruskan kerja pembinaan dengan kos kontrak baru RM72.8 juta.

"Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi masih belum memberi penjelasan kepada rakyat samada kontraktor ini adalah dilantik secara tender terbuka.

"Rakyat berhak untuk mengetahui samada kerajaan telah melantik kroni sendiri yang kurang berkemampuan," kata Teo sambil menambah tiada penjelasan Zahid berhubung dakwaan seorang pemimpin Umno menjadi pengarah eksekutif Global Globe Sdn. Bhd.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS