Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad diumum sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.

Ia diumumkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika ceramah pengisytiharan calon di Bandar Satelit Muadzam Shah di Rompin, malam tadi.

Nazri, 40, berasal dari Felda Keratong 5 di Rompin, memiliki Ijazah Sarjana Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau yang juga yang dipertua PAS Kawasan Rompin pernah menjadi guru Al-Quran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS