Ketua gerakan bantahan tapak web terhadap Parti KeADILan Nasional, Laman Reformasi, membuka capaian ke laman itu mulai jam 3:05 pagi tadi.

Pembukaan itu merasmikan tamatnya kempen selama enam hari mulai Rabu lalu. Tindakan itu dipercayai bagi menggerakkan jentera kempen KeADILan dalam pilihan raya Telok Kemang yang bermula pagi ini.

Ia akan menamatkan kritikan terhadap pengendali-pengendali web itu yang didakwa "cuba mengurangkan secara mendadak" undi parti itu dalam pilihan raya kecil tersebut.

Namun, setakat ini, tidak ada maklumat terbaru dipaparkan. Laman-laman lain dipercayai berbuat demikian lewat hari ini.

Dua tapak web beroperasi jam 4 pagi

2:15am, SEL : Dua laman web yang menganjurkan bantahan terhadap dua pemimpin kanan Parti KeADILan Nasional akan menamatkan kempen mereka selewat-lewatnya jam 4 pagi ini, satu mesej emel dikirim ke malaysiakini pagi ini.

Laman Reformasi dan Komentar akan membuka capaian ke laman masing-masing, dengan ulasan terhadap satu kenyataan akhbar Timbalan Presiden parti itu, Dr Chandra Muzaffar. Bagaimanapun, capaian ke tiga laman lain akan dibuka kemudian.