Abang Ketua Polis Negara, Datuk Abdullah Abu Bakar mengeluh kepenatan kerana disiasat polis selama tiga jam berhubung demonstrasi antisalib di Taman Medan.

“Tiga jam terlalu lama untuk saya dan saya sangat penat, saya harap semuanya OK dan terima kasih banyak-banyak,” katanya kepada pemberita di IPD Petaling Jaya.

Abdullah hari ini tiba di ibu pejabat polis pada jam 4.10 petang bersama pemandunya dan selesai memberi keterangan pada jam 8 malam.

Ketika ditanya, Abdullah berkata, polis juga tidak menyatakan peruntukan undang-undang khusus yang digunakan untuk siasatan ke atasnya.

[Berita penuh menyusul]