Jam Apple Watch yang dinanti-nantikan di seluruh dunia akan mula dijual di lapan negara hari ini.

Bagaimanapun, tidak seperti sebelum ini, peminat tidak lagi perlu tidur di luar kedai semata-mata untuk mendapatkannya, lapor dpa.

Jam itu hanya akan dijual secara atas talian, dijangka sehingga Mei ini, menurut pegawai kanan jualan syarikat itu Angela Ahrendts melalui memo minggu lalu.

Jualan atas talian akan bermula hari ini di Australia, Canada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Japan, Britain dan Amerika Syarikat.

Hanya beberapa butik fesyen di Tokyo, London, Paris, Berlin dan Milan akan menjual jam itu secara langsung, menurut New York Times.

Penganalisis pasaran menjangkakan Apple Watch akan menguasai pasaran jam tangan pintar tidak lama lagi.

Ia menarik minat ramai bukan sahaja kerana fungsi, tetapi juga ciri fesyen padanya.

Digabungkan dengan iPhone ia dapat menjalankan pelbagai fungsi termasuk membuat panggilan, membaca mesej dan melayari Internet, selain memberitahu masa.