Seorang murid lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas ketika mandi di Sungai Che Deris di Kota Bharu semalam.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu berkata mayat Mohd Fakhrulraman Abd Nasir ditemui berdekatan tempat kejadian kira-kira dua jam selepas lemas ketika sedang mandi bersama rakan-rakannya di sungai itu pada jam 5.33 petang.
"Mayat mangsa ditemui berdekatan tempat kejadian kira-kira jam 6.28 petang oleh orang awam yang turut serta dalam gerakan mencari mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Menurut jurucakap itu mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Lima belas anggota bomba dan orang awam terlibat dalam gerakan mencari mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
- Bernama
