Najib: Simpanan di TH dijamin k'jaan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendeposit Lembaga Tabung Haji tidak perlu bimbang dengan simpanan mereka di institusi itu kerana ia dijamin kerajaan.
Beliau menegaskan pendeposit tidak perlu terpengaruh dengan sebarang hasutan mana-mana pihak yang menyarankan mereka supaya mengeluarkan deposit mereka dari Tabung Haji.
"Jadi tidak berbangkit kalau ada mana-mana pihak yang cuba menghasut (supaya) pendeposit mengeluarkan simpanan mereka dari Tabung Haji.
"Kita mengambil maklum akan keputusan-keputusan yang telah dibuat dan Majlis Tertinggi (Umno) telah membuat beberapa pandangan dalam perkara tersebut," kata Najib yang juga presiden Umno dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di ibunegara hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib-naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta ketua-ketua sayap pergerakan parti itu.
Tabung Haji kemudian membuat keputusan untuk menjual semula tanah tersebut dan setakat ini dilaporkan menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membelinya.
- Bernama

