Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN diizin cabar keputusan mahkamah
Diterbitkan:  May 12, 2015 5:23 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapat kebenaran mencabar keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan larangan terhadap dua buku Zunar, serta mengizinkan 33 naskhah buku kartunis itu yang dirampas, dikembalikan.

Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengetuai panel lima hakim membuat ketetapan itu hari ini.

Panel tersebut membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam kanan persekutuan Suzana Atan dan Fahri Azzat.

Pada 9 Oktober 2014 Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof dalam keputusan sebulat suara memutuskan tiada bukti menunjukkan buku 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun mengancam ketenteraman awam.

Kata Mohd Ariff, potongan akhbar yang dikemukakan dalam afidavit bagi menyokong tindakan KDN tidak memadai untuk dijadikan bukti.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS