Kerajaan Selangor akan meminta Putrajaya supaya mengecualikan pungutan GST oleh 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata Menteri Besar Azmin Ali.

Azmin berkata perkara itu telah dibincangkan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri hari ini dan keputusan telah dibuat untuk mendapatkan pengecualian daripada Kementerian Kewangan.

Buat masa ini, Unit Perancang Ekonomi negeri akan mengkaji sama ada kerajaan negeri boleh menyerap GST.

"Seperti yang kita semua tahu, Selangor mempunyai 12 majlis tempatan manakala hanya terdapat dua di Pulau Pinang.

"Selangor merupakan negeri yang maju ... Oleh itu, kita mesti mengkaji kesan kewangan jika negeri ini perlu menanggung (kos GST)," katanya.

Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk 'Khalifah Umar Abdul Aziz' oleh Ali Muhammad.

Setakat ini, Pulau Pinang, Terengganu dan Johor telah membuat keputusan untuk menyerap GST bagi perkhidmatan kerajaan tempatan.

Sebelum ini, Sultan Johor telah mengkritik GST dikenakan untuk perkhidmatan kerajaan.

[Baca berita penuh/asal]