1MDB kata tunggu laporan audit
1MDB dalam satu kenyataan hari ini meminta semua pihak menunggu laporan audit oleh Ketua Audit Negara.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh lembaga pengarahnya di tengah-panggilan desakan supaya ia menjawab laporan-laporan berhubung dengan pengendalian dananya.
Kritikan terhadap cara lembaga pengarah mengendalikan perkara itu datangnya anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak.
Nazir adalah adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Dalam kenyataan itu, lembaga pengarah 1MDB menegaskan bahawa akaunnya diaudit oleh firma audit antarabangsa Deloitte pada tahun 2013 dan 2014.
Di samping itu, katanya, lembaga pengarah mematuhi permintaan audit daripada Ketua Audit Negara, berikutan arahan Kabinet, dan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).
Katanya, lembaga pengarah mengambil serius tuduhan berniat jahat serta fitnah dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Pada masa ini, tambahnya, lembaga pengarah dan pihak pengurusan bekerjasama sepenuhnya dengan Ketua Audit Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-kira yang membuat penilaian terhadap atas syarikat itu.
Lembaga pengarah itu menggesa pihak awam dan pihak-pihak yang berkepentingan supaya menunggu keputusan penilaian tersebut.
Ia meminta agar tiada mana-mana pihak yang akan menilai perkara itu tanpa fakta menyeluruh sebelum penilaian diumumkan kepada orang ramai.
Ia memberi jaminan bahawa jika terdapat penemuan yang bercanggah, ia akan mengambil langkah dan tindakan yang bertanggungjawab.

