PM: Umno menang lebih banyak kerusi bawah saya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa prestasinya lebih buruk daripada pemimpin sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam satu soalan lazim (FAQ) senarai yang diterbitkan dalam blognya hari ini, Najib berkata bawah pentadbirannya, prestasi Umno pada hakikatnya lebih baik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.
"BN menang 11 kerajaan negeri berbanding sembilan dalam PRU lalu. Kami menguasai semula Umno Kedah, kekal di Terengganu dan mengukuhkan kedudukan di Perak.
"Umno (juga) telah memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU-13 berbanding PRU-12," katanya yang juga presiden Umno.
Halaman, bertajuk "Tun M FAQ" bertujuan menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antaranya ialah Abdullah, juga lebih dikenali sebagai Pak Lah, melakukan yang lebih baik di peti undi daripada Najib walaupun bekas perdana menteri itu sentiasa "tidur".
Bawah pentadbiran Abdullah, BN mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya 2008, dengan kehilangan 58 kerusi, hanya memenangi hanya 140.
Kemudian pada 2013, BN hilang tujuh kerusi, dengan menguasai dengan 133 kerusi di Parlimen dan hanya mendapat 47 peratus undi popular.

