Kerana lantang bersuara, anda mungkin berfikir peguam yang memperjuangkan kebebasan awam Michelle Yesudas dilahirkan sebagai seorang peguam.

Tetapi sebenarnya penemuan sebuah buku yang dibuang dalam tong sampah telah mendorongnya gadis itu melalui jalan itu.

"Ketika mengambil A-level di Kolej Damansara Utama, saya menjumpai buku di dalam tong sampah (‘An Ordinary Person’s Guide to Empire’ karya penulis India Arundhati Roy), yang membicarakan mengenai kasta dalits dan tidak boleh disentuh.

"Kemudian saya melihat banyak hubung kait, di mana ketidakadilan di India, seperti kemiskinan dinafi mendapat keadilan dan memasuki institusi. Ia seperti diamalkan di Malaysia. Dan penulis turut memberitahu bagaimana orang seperti aktivis boleh mengubahnya.

 

"Jadi saya fikir, saya mesti mencari pekerjaan yang mampu membuat perubahan. Saya sedar, saya akan menjadi seorang peguam tetapi jika saya berurusan mengenai hak asasi manusia," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini baru-baru ini.

 

Bagaimanapun, wanita berusia 28 tahun ini berkata, menjadi peguam bukan pilihan pertamanya.

Seni, pengiklanan, kewartawanan yang menekankan kreativiti turut menjadi dipertimbangnya.

Semangat itulah yang dikongsinya bersama dengan rakan kacukan Cina-India, Melissa Sasidaran (bawah) , kini sedang mengamalkan undang-undang sebagai peguam di Tetuan Ramrais and Partners yang turut hadir dalam wawancara ini.

“Saya turut melayan seni persembahan, tetapi kemudiannya saya dan memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.... Saya sebenarnya tidak pasti sampai bila saya buat latihan undang-undang, saya tidak pasti, saya boleh menjadi peguam," kata Melissa.

“Sebagai pelajar, semua itu menakutkan. Tapi bila saya melaluinya, saya rasakan ia pilihan yang jelas buat saya, bahawa saya benar-benar menikmati apa yang saya lakukan. Saya tidak boleh bayangkan untuk melakukan perkara lain buat masa ini,” katanya.

Kata Michelle, selepas menamatkan ijazah Sarjana di United Kingdom, beliau berdepan tempoh sukar untuk mencari pekerjaan, namun masih tidak berputus asa mengenai impian kreatifnya.

"Saya di UK, mencari pekerjaan dan saya tidak diterima di mana-mana tempat. Saya memohon kerja di pelbagai tempat kreatif.

"Saya hantar kepada Banksy (artis graffiti terkenal di UK) melalui emel (untuk kerja dengannya) tetapi dia tidak menjawab," katanya.

Sambil ketawa, Michelle berkata hanya satu badan perundangan sahaja, Lawyers for Liberty (LFL), di Kuala Lumpur yang menjawab permohonannnya .

[Baca berita asal]