Hubungan dengan sekutu PAS seperti biasa
Saya ingin menegaskan di sini bahawa hubungan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di Selangor masih berjalan seperti biasa.
Hubungan tersebut sama ada di dalam atau di luar kerajaan mesti diteruskan seperti biasa.
Ahli-ahli PAS di dalam kerajaan mesti terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Semua exco, ahli dewan negeri, ahli majlis, ketua kampung, nazir masjid dan pengerusi surau dan kakitangan-kakitangan sokongan dari PAS mesti bertugas seperti biasa.
Saya harap penjelasan ini dapat menjawab beberapa persoalan yang timbul di Selangor sehubungan usul Dewan Ulama pada muktamar PAS yang baru lalu.
Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP itu belum lagi diluluskan.
PAS Selangor yakin pandangan dan pengalaman kami akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.
Setakat ini Selangor dapat ditadbir dengan cemerlang hasil kerjasama erat kesemua parti-parti Pakatan Rakyat.
ISKANDAR A SAMAD

