mk-logo
Berita
Asmuni: PAS tiada pilihan, kena laksana usul
Diterbitkan:  Jun 9, 2015 6:13 AM
Dikemaskini: 7:06 AM

Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.

“Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.

“Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan,” Asmuni dilaporkan berkata.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini