Mesyuarat sulung JK PAS pusat baru esok
Diterbitkan: Jun 9, 2015 3:00 PM | Dikemas kini: Jun 9, 2015 3:04 PM
Jawatankuasa PAS pusat (CC) yang baru dipilih dalam muktamar minggu lalu, akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok dan ia dijangka tidak menyentuh tentang kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat.
"Agenda mesyuarat ini adalah untuk melantik setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan semua jawatan yang dilantik," kata penolong setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.
"PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita esok," kata Takiyuddin.
Katanya, ini kerana perbincangan dan keputusan mengenai apa-apa perkara seperti itu perlu dihadiri oleh semua ahli yang dipilih dan dilantik.

