Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kes seorang wanita yang diminta memakai kain sarung sebelum boleh berurusan di kaunter JPJ.

Dalam catatan di Facebook hari ini, Liow berkata siasatan itu akan bermula serta-merta dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab meminta wanita itu memakai kain sarung.

Liow berkata beliau kesal kerana isu kod berpakaian itu telah berlaku.

Sambil menegaskan beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan dengan segera dan tindakan yang perlu diambil, menteri itu berkata tidak wujud dasar memakai kain sarung.

Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mengkaji semula garis panduan yang sedia ada.

Semalam, media sosial tertumpu kepada facebook seorang wanita wanita yang diminta memakai kain sarung oleh kakitangan JPJ apabila dia masuk ke pejabat mereka di mana lokasinya tidak berikan.

Garis panduan JPJ difahamkan menyatakan lelaki dan wanita perlu 'berpakaian sopan' dan wanita tidak boleh memakai skirt di atas paras lutut, atau lelaki baju tanpa lengan untuk lelaki.

Menurut catatan di Facebooknya, Suzanne GL Tan pergi ke sebuah pejabat JPJ untuk menandatangani borang pemindahan hakmilik untuk kereta yang telah dijualnya.

Tan, yang memakai baju putih dan merah jambu dan berskirt merah berkata beliau telah diberikan kain apabila dia didatangi seorang pegawai JPJ di belakang kaunter barisan.

Dia mendakwa diminta memakai kain sarung itu atau dia tidak akan dilayan.

[Baca berita penuh/asal]