'Najib tak lulus beli apartmen di Melbourne'

   

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bertanggungjawab meluluskan pembelian hartanah kontroversi di Melbourne, Australia.

Menurut laporan Bernama menyebut, Annuar berkata Najib “tidak meluluskan pembelian itu pada 10 Mei”.

Tarikh 10 Mei itu merujuk kepada tarikh surat Najib yang merakamkan bantahannya ke atas pembelian tersebut.

"Sebenarnya, Najib tidak meluluskankan, dan ini ditulis dalam satu surat bertarikh 10 Mei.

"Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa perdana menteri tidak memberikan kelulusan untuk pembelian itu," kata Annuar seperti dipetik dalam satu laporan bahasa Inggeris Bernama .

Seterusnya, keputusan itu dirayu oleh MARA dan kementerian pembangunan luar bandar dan wilayah, katanya lagi.

"Kemudian MARA dan kementerian membawa rayuan kepada Majlis Ekonomi untuk dibincangkan kerana ia melibatkan pinjaman luar negara dan (Majlis Ekonomi) luluskan hanya 30 peratus dana MARA digunakan untuk pembelian itu.

“Bakinya dipinjam daripada bank luar negara," kata Annuar lagi seperti dipetik dalam laporan bahasa Melayu Bernama .

Annuar bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berhubung pembelian itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ia bagi menjelaskan dakwaannya bahawa kenyataannya Rabu lalu diputar belit sehingga menunjukkan Najib bertanggungjawab meluluskan pembelian itu.

Beliau menyalahkan Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana melaporkan sedemikian.

Najib turut mengeluarkan kenyataan yang mendakwa media tertentu memutar belit kenyataan Musa.

Berikut adalah rakaman sidang media Rabu lalu ketika Annuar ditanya sama ada Najib meluluskan pembelian tersebut.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda