Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri lulus projek 'Patriot', kata timbalan
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 1:33 PM
Dikemaskini: 5:37 AM

Penjualan plat kenderaan yang bermula dengan perkataan "Patriot" oleh sebuah NGO mendapat kelulusan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, kata timbalannya Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Abdul Aziz berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas permohonan berhubung penjualan plat kenderaan itu diluluskan, Sin Chew Daily .

"Projek itu sudah pasti mendapat kelulusan daripada menteri," kata Aziz menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Bagaimanapun Aziz enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Sementara itu, seorang pegawai JPJ mengesahkan bahawa plat kenderaan "Patriot" mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.

"Mereka mengemukakan permohonan kepada kami (JPJ), kemudian kami pindahkan (permohonan itu) kepada kementerian, tetapi ia tidak diluluskan oleh kami," pegawai itu dipetik sebagai berkata.

Pegawai itu juga bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut dan menggesa pemberita bertanya tentang perkara tersebut kepada pihak kementerian sendiri.

Liow ( lihat gambar ) sehingga kini masih berdiam mengenai isu plat kenderaan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS