Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Nazri Aziz menggesa pihak yang mengaitkan pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusof dengan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo supaya menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

Menurut Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu, setakat ini apa yang diperkatakan adalah spekulasi.

"Saya tak ada faktanya. Saya tak mahu komen," katanya kepada media selepas merasmikan majlis di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu Nazri diminta mengenai status Sufi yang didakwa pernah mengunjungi Thailand untuk bertemu Justo.

Justo ketika ini ditahan polis Thailand kerana disyaki memeras ugut bekas majikannya.

Nazri berkata, apa yang boleh dibuat ketika ini adalah menunggu hasil siasatan terhadap kes itu.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ada warga Malaysia mungkin diekstradisi ke Thailand dan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan sama ada ia termasuk Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri itu - yang menjadi pengkritik Datuk Seri Najib Razak - turut meragui penahanan Justo ada kaitan dengan 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS