Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibu bapa bayi koma, direman 4 hari
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 2:42 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Ibu dan bapa kepada bayi perempuan berusia empat bulan yang koma dipercayai didera di pusat jagaan kanak-kanak di Sungai Petani ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan polis terhadap kes itu.

Perintah tahanan reman sehingga 10 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya dalam satu kenyataan berkata pasangan berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda 11 malam semalam.

Rabu lepas, Putri Wafa Mohd Saifudin yang baru empat hari ditempatkan di pusat jagaan itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik pusat penjagaan selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian dikatakan mengalami pendarahan pada otak serta mata dan berada dalam keadaan koma.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak-kanak 2001.

- Bernama

Lihat Komen
ADS