Pendekatan pro-Melayu DAP ada kemajuan
Dalam usaha untuk menghakis dilabel sebagai parti orang Cina, pendekatan pro-Melayu oleh DAP mencetuskan keresahan di kalangan sesetengah ahli yang merasakan parti itu mungkin terlalu ghairah membuat "pembetulan berlebihan".
Untuk itu, tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang berkata beliau tidak menyedari parti itu kini dilihat sebagai terlalu mendesak menjadi sebuah parti mesra orang Melayu.
"Saya tidak menyedarinya. Tetapi apa-apa pun, kami akan terus mempromosikan DAP sebagai parti rakyat Malaysia. Ini akan menjadi jawapan umum," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini Khamis lalu.
"Sekurang-kurangnya, daripada dilihat menjadi parti terlalu pro-Cina kepada parti pro-Melayu, DAP membuat beberapa kemajuan," katanya berseloroh.
Parti itu mempertaruhkan Dyna Sofia Mohd Daud sebagai calon dalam pilihan raya kecil Teluk Intan tahun lalu, dengan gadis bertudung litup Syefura Othman dan Jamila Raahim antara anak muda Melayu yang dipikat oleh DAP.
Dan tiga hari sebelum DAP mengumumkan kematian Pakatan Rakyat, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang dikenali sebagai Pak Samad, antara yang menyertai parti itu.
Ahli PAS Sheikh Omar Ali pula menyertai parti itu selepas kumpulan progresif dalam parti itu disingkirkan dalam pemilihan kepimpinan parti Islam itu awal bulan lalu.
Ahli DAP menyatakan perkara itu dianggap sebagai sikap DAP yang berkeras untuk mendapatkan lebih undi lebih Melayu, sejak langkah mereka memutuskan hubungan dengan PAS yang bakal menghakis sokongan masyarakat Melayu.

