Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: RM2 juta dalam akaun Rosmah sah
Diterbitkan:  Jul 13, 2015 8:30 AM
Dikemaskini: 2:29 AM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mempertahankan RM2 juta yang dilaporkan didepositkan ke dalam akaun bank Datin Seri Rosmah Mansor sebagai 'telus dan sah di segi undang-undang'.

Jumlah wang yang didepositkan itu mempunyai rekod bank berkomputer untuk semakan, dan oleh itu ia adalah telus, mengikut undang-undang dan bukan menyalahgunakan kuasa, kata Nazri.

Dalam respons kepada Sin Chew Daily di Kuala Kangsar semalam, Nazri berkata ia tidak sepatutnya memeranjatkan jika Rosmah, sebagai isteri perdana menteri, mempunyai RM2 juta dalam akaun bank beliau.

Sebaliknya, kata menteri itu, ia hanya memeranjatkan jika akaun itu hanya ada RM5,000.

Rosmah juga sering menyumbang kepada kumpulan yang kurang bernasib baik, atas nama isteri perdana menteri untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Inilah ketelusan yang rakyat mahu," katanya sambil menambah beliau berharap rakyat tidak keliru apabila ada ketelusan dan fikir ia rasuah.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS