Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis sedang tentukan ketulenan dokumen bocor
Diterbitkan:  Jul 13, 2015 10:28 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

Polis sedang berusaha untuk menentukan sama ada dokumen-dokumen siasatan terhadap 1MDB yang telah bocor, adalah tulen atau telah dipalsukan.

Ketua polis Khalid Tan Sri Abu Bakar berkata pasukan itu tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk menjejaskan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Khalid berkata semua anggota pasukan petugas khas itu akan disiasat, termasuk kakitangan Bank Negara.

"Objektif siasatan polis adalah untuk mengenal pasti mereka yang telah membocorkan bahan itu dan menentukan sama ada dokumen-dokumen itu tulen atau telah dipalsukan.

"(Ini) seperti dalam kes Xavier Justo (gambar), yang disiasat oleh pihak berkuasa Thailand kerana peras ugut," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Justo dituduh mengubahsuai salinan emel yang bocor mengenai 1MDB dan rakan kongsi perniagaannya PetroSaudi International.

Beberapa minggu selepas Justo ditangkap, The Wall Street Journal dan Sarawak Report menyiarkan satu siri laporan yang mendakwa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Sarawak Report juga telah menyiarkan pendedahan dakwaan bahawa RM2 juta didepositkan ke dalam akaun bank isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor melalui beberapa transksi awal tahun ini.

Dakwaan-dakwaan tersebut disokong oleh dokumen-dokuman bocor, termasuk nombor akaun bank.

Khalid berkata pembocoran, pemalsuan atau sebaliknya, merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, ia juga boleh merupakan sabotaj ekonomi, dan memberi amaran bahawa mereka yang didapati bersalah atas kebocoran itu akan menghadapi tindakan penuh undang-undang.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

 

Lihat Komen
ADS