Bila artis jilat donat...
Diterbitkan: Jul 14, 2015 4:29 PM | Dikemas kini: Jul 14, 2015 4:31 PM
Nama penyanyi Ariana Grande terlepas daripada pendakwaan di mahkamah semata-mata kerana menjilat beberapa biji donut.
Menurut jurucakap Jabatan Syerif Daerah Riverside kepada media, pemilik Wolfee Donut 'bermurah hati' untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas wanita berusia 22 tahun itu.
Ekoran keengganan pemilik premis berkenaan dari mengenakan tindakan, kes itu akhirnya ditutup.
Kejadian menjilat donut itu berlaku minggu lalu apabila Ariana dan tiga lagi rakannya masuk ke dalam premis yang terletak di sebuah kedai di selatan Los Angeles.
Dalam rakaman yang disiarkan oleh media itu menunjukkan, selebriti berkenaan menjilat donut berkenaan sebelum melompat kegembiraan sambil tergelak.
Dan apabila pekerja premis keluar membawa dulang berisi donut Ariana tiba-tiba berkata: "Saya benci Amerika."
Namun, tanpa disedari, semua aksinya itu dirakam oleh kamera litar tertutup dalam premis terbabit.
Kejadian itu tidak mengambil masa lama untuk menjadi viral dalam media sosial dan ia menyebabkan penyanyi itu terpaksa tampil untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi berkenaan dalam akauan Twitternya.
"Melihat diri kamu dalam video berkelakuan tidak senonoh dan tidak sedar ia dirakamkan, menimbulkan ketegangan hingga tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan. Saya amat benci diri sendiri.
"Saya tidak tampil untuk memberi alasan mahupun menjelaskan perbuatan itu, kerana saya tidak mampu. Saya hanya berada di sini untuk meminta maaf," katanya.