Selepas kejutan rusuhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, sekumpulan remaja Cina tampil dengan mesej perpaduan cukup kreatif – menyanyi lagu raya dalam kereta api.
Rakaman itu kini dikongsi meluas di Internet dan mendapat pujian meluas daripada pengguna maya pelbagai kaum.
Video 30 saat itu memaparkan sekumpulan remaja Cina berdiri dalam kereta api, dipercayai Komuter, yang sedang bergerak sambil menyanyi beramai-ramai dan bertepuk tangan.
PADUNYA CHINESE PUN NYANYI LAGU RAYA DALAM KTM!!!!! đđđđđ
pic.twitter.com/1SMBrjeiaw
— Arisya (@sekuntum_isya)
July 14, 2015
Suasana kelihatan ceria dalam pengangkutan awam itu dan kebanyakan individu dipaparkan kelihatan tersenyum.
Lagu pilihan mereka “Selamat Hari Raya” yang dipopularkan penyanyi legenda tanah air Saloma.
Ia dimuat naik ke Twitter oleh seorang pengguna dikenali sebagai Arisya dengan mesej berbunyi:
“Padunya Cina pun nyanyi lagu raya dalam KTM!”
“Indahnya, lambang perpaduan bangsa ditengah2 kemelut Low Yat,” sambut seorang pengguna Twitter @eleyshachan.
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang membalas dengan gurauan nakal dan tidak terkecuali yang memandang sinis usaha itu.
Kemal @LaObeBelalang B elum aku lagi yang nyanyi lagu Cina. Mau cair dia orang.
Piznur Johari @PinoPuasaPenuh A bang tahu adik padu.
@HaziqqAliman Cute what .
Zarif Zainudi @MeZarifZainudi Ini kes takut kena bantai dengan orang Melayulah, jadi nak jaga hati orang Melayu itu yang nyanyi lagu raya.
