Sebuah replika di taman tema Legoland terbakar
Diterbitkan: Jul 17, 2015 6:05 AM | Dikemas kini: Jul 17, 2015 6:53 AM
Sebuah replika yang terdapat di Taman Tema Legoland, Nusajaya di Johor Bahru, musnah dalam kebakaran, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira 10.40 malam.
"Tiada kecederaan dilaporkan berikutan kejadian kebakaran itu," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
-Bernama

