Lima orang dilapor maut dalam nahas yang membabitkan dua buah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut, Machang.

Mangsa dikenali sebagai Irwan Mohd Zain, 33, Siti Khadijah Ibrahim 33, Muhammad Zahrin Ariq Irwan, 6 bulan, Muhammad Zahran Arfan Irwan, 4 tahun, dan Nurul Atiqah Abd Aziz, 19.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, DSP Ashraff Ali Kutti berkata kedua-dua kereta berkenaan dilapor bertembung kira-kira jam 4.20 petang semalam.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Bomba Yusoff Mahmood berkata mangsa tersepit di dalam kereta dan orang ramai turut membantu mengeluarkan mereka.

- Bernama