Lembaga Disiplin siasat berdasarkan laporan sahaja
Lembaga Disiplin Umno akan bertindak berdasarkan laporan dan aduan yang dikemukakan dengan bukti-bukti oleh seseorang ahli Umno.
Lembaga Disiplin Umno akan bertindak berdasarkan laporan dan aduan yang dikemukakan dengan bukti-bukti oleh seseorang ahli Umno.
Pengerusinya, Tengku Ahmad Rithaudden berkata, jika pihaknya tidak menerima sebarang aduan, maka tindakan tidak boleh diambil.
Bernama memetiknya sebagai berkata, setiap laporan akan disiasat dengan teliti berdasarkan bukti dan fakta yang jelas.
"Pihak lembaga yang diamanahkan dengan tanggungjawab ini sentiasa memastikan keadilan ditegakkan dalam menjalankan tugas dan fungsinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bahawa lembaga itu sering mengubah-ubah kod etika berkempen berhubung pemilihan Umno bulan lalu.
Pengerusinya, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata dakwaan itu tidak benar kerana lembaga tersebut tidak mempunyai kuasa untuk membuat perubahan pada kod etika tersebut.
Kod etika
Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan hari ini bagi menolak dakwaan Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin kononnya kod etika berkempen untuk pemilihan bagi jawatan dalam parti sering berubah-ubah.
Pada 30 Sept lalu, Zahidi mendakwa kod etika berkempen Lembaga Disiplin Umno sering berubah-ubah dan tidak tetap sehingga mengelirukan anggota Umno di peringkat akar umbi.
"Pihak Lembaga Disiplin tidak pernah memberi kebenaran atau mengizinkan sesiapa sahaja ahli-ahlinya membuat kenyataan perihal salah laku atau politik wang yang ditegah dalam kod etika Umno," jelas Tengku Rithauddeen.
Menurutnya, kod etika pemilihan Umno itu telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 22 Februari 2001.
Berikutan itu, katanya, tiada mana-mana pihak yang berkuasa untuk mengubah atau membuat pindaan tersebut melainkan MT.
Beliau berkata, kod etika Umno secara jelas mencatat garispanduan perihal salahlaku dan perkara yang dilarang semasa pemilihan sebarang jawatan dalam Umno.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.