Kerajaan tidak perlu menggunakan Akta Hasutan berhubung insiden di Plaza Low Yat hanya untuk menunjukkan undang-undang itu masih diperlukan bagi mengekalkan keharmonian, kata N Surendran.

Naib presiden PKR itu berkata hal ini kerana terhadap undang-undang lain yang bersesuaian untuk berurusan dengan ramai individu seperti presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berhubung insiden itu di Kuala Lumpur pada 12 Julai.

" Pendakwaan terhadap Mohd Ali Baharom, yang merupakan aktivis pro-Umno, bawah Akta hasutan adalah untuk membentuk persepsi bahawa undang-undang drakonian itu diperlukan untuk mengekalkan keharmonian kaum.

"Hakikatnya Akta Hsutan tidak diperlukan kerana terdapat peruntukan undang-undang lain bawah Kanun Keseksaan yang masih bersesuaian untuk mengekalkan keamanan," kata Surendran dalam kenyataanya hari ini.

Peguam itu juga menjelaskan bahawa Mohd Ali yang dikenali sebagai 'Ali Tinju' boleh didakwa bawah Seksyen 506 (ugutan jenayah), 504 (memecahkan keamanan) atau 505 (kerosakan awam) dalam Kanun Keseksaan.

[Baca berita asal]