Ahli MT Umno gesa percepat siasatan isu 1MDB
Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno menggesa pasukan petugas khas mempercepatkan siasatan mereka berhubung isu firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Secara peribadi bagi saya, keseluruhan penyiasatan perlu dipercepatkan dalam apa jua," kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
"Kita bermain dengan kepercayaan dan sentimen rakyat sekarang ini. Saya bimbang bahawa rakyat akan ketawa cara kita menangani sesuatu perkara," kata beliau lagi.
Dalam perkembangan yang sama, beliau mengambil berat bagaimana pihak yang bertanggunjawab mencari kebenaran diburuk-burukkan setiap hari.
"Peguam negara diserang, ketua polis, gabenor Bank Negara... Siapa pula selepas ini?
"Apa yang kita cuba lakukan di sini? Adakah kita benar-benar cuba untuk memaparkan seluruh proses dan prosedur?" soal Reezal.
Pasukan petugas khas terdiri daripada anggota polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara.

