Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengulangi bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry berada di negara ini.

Menyertai Forum Rantau ASEAN (ARF), Kerry dilihat bakal terus mempromosikan TPPA yang masih mendapat tentangan meluas pembangkang dan masyarakat sivil negara ini.

Presiden DPPM Datuk Syed Ali Alatas terus menegaskan perjanjian kontroversi itu tidak seharusnya diteruskan kerana didakwa tidak memihak kepada nasib rakyat.

“DPPM sebulat suara menolak perjanjian TPPA kerana untung nasib rakyat kita kena fikir.

“(Ia juga) tidak selaras dengan keprihatinan rakyat yang Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pikul,” katanya.

Beliau menambah TPPA hanya memberikan syarikat asing lebih kelebihan dalam ekonomi negara.

Bernama pada 29 Julai lalu melaporkan Kerry mengambil perhatian isu itu, selain isu nuklear kerana ia "amat, amat penting" bagi pentadbiran, dan "kami bekerja keras bagi TPPA”.