Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, hari ini menjadi menteri kedua menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri.

 

Low berkata, walaupun pemindahan pegawai SPRM itu digambarkan sebagai urusan "pentadbiran", bagaimanapun ia tetap dilihat "tidak wajar".

 

Low berkata, kebimbangan utama beliau ialah hakikat bahawa salah seorang daripada pegawai terbabit, Datuk Bahri Mohamad Zin, mengetuai siasatan kes berprofil amat tinggi sekarang.

Bahri yang menjadi Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM sedang menyiasat syarikat SRC International yang dilapor mendepositkan RM42 juta ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 

"Jika orang yang menyiasat mana-mana kes dipindahkan oleh pihak luar yang bukan dalam SPRM, maka kerja-kerja siasatan mereka akan terjejas," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

 

Kedua-dua Bahri dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob ditukarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke Jabatan Perdana Menteri.

 

Low berkata, walaupun JPA mempunyai kuasa pentadbiran untuk memindahkan kedua-dua mereka, perkara itu tidak wajar.

 

"SPRM adalah sebuah agensi bebas. Mereka sepatutnya beroperasi secara bebas.

"Jika pegawai SPRM melakukan sesuatu kesalahan, mereka boleh ditangani secara dalaman," katanya.

 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS