Akhbar Utusan Malaysia secara tidak langsung mengakui demonstrasi bukan satu-satunya punca berlaku kesesakan di Kuala Lumpur.

Dalam rencana disiarkan hari ini, wartawan akhbar itu mengecam penganjuran perlumbaan kereta Grand Prix Kuala Lumpur City yang berlangsung sejak Jumaat hingga petang ini.

Dalam satu artikel bertajuk "Bermulanya acara sukan tidak berfaedah, menyusahkan rakyat!", Utusan menyifatkan acara anjuran GT Global Race itu menyebabkan warga kota terpaksa berhadapan dengan kesesakan paling azab sepanjang minggu acara ini diadakan.

"Acara itu kononnya sangat hebat sehingga digembar-gemburkan akan mencatat sejarah nasional. Ya, memang sejarah akan tercatat sebagai perlumbaan kereta di tengah bandar yang paling menyusahkan hidup hampir dua juta warga Kuala Lumpur!" lapor akhbar tersebut.

[Baca selanjutnya di ruangan Sukan]