Keputusan tangguh gantung Edge Jumaat ini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Jumaat ini untuk memutuskan sama ada akan menangguhkan penggantungan The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ini susulan pendengaran penangguhan inter-parte hari ini, sementara menunggu permohonan semakan kehakiman oleh The Edge Media Group
Akhbar kewangan itu diwakili oleh peguam kanan Darryl Goon manakala kementerian diwakili oleh Alice Loke.
Pendengaran semakan kehakiman substantif akan didengar pada 7 September.
Pendengaran hari ini dibuat di dalam kamar Hakim Datuk Asmabi Mohamad.
Permit dua penerbitan The Edge digantung selama tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai lepas.
KDN menyatakan isu 1MDB yang dilaporkan memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara
Penggantungan itu ditolak kumpulan media, aktivis media media selain pembangkang dan pelbagai NGO.
Sabtu lepas sebuah perhimpunan diadakan oleh gabungan kumpulan media di ibu kota bagi menuntut pembatalan penggantungan itu.

