SKMM keluar notis pada Mkini berhubung dua artikel
Diterbitkan: Aug 15, 2015 12:00 AM | Dikemas kini: Aug 15, 2015 1:15 AM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan notis kepada portal berita Malaysiakini untuk menarik balik dua artikel yang didapati tidak benar dalam laman webnya.
SKMM, dalam kenyataan hari ini, berkata artikel berkenaan adalah bertajuk 'Report filed against Chief Sec, PSD Head' dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' yang diterbitkan semalam.
"SKMM mendapati berita dalam kedua-dua artikel yang diterbitkan itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menafikan wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.
Justeru, SKMM mengingatkan portal berita untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum ia disiarkan.
Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
- Bernama
Nota editor: Malaysiakini pada mulanya secara tidak sengaja menyebut laporan itu sebagai dibuat oleh pegawai-pegawai SPRM, tetapi ini kemudiannya dipinda untuk menyatakan bahawa laporan itu difailkan kepada SPRM oleh orang awam. Penafian SPRM juga adalah mengenai dakwaan bahawa laporan itu telah dibuat oleh pegawai-pegawainya. Bagaimanapun, SPRM tidak menafikan terdapat laporan yang dibuat oleh orang awam.
Reports filed against chief sec, PSD head
Laporan terhadap KSN, ketua pengarah JPA