Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menafikan menerima sebahagian daripada RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Pada 18 Ogos 2015, (Gelang Patah MP) Lim Kit Siang mempersoalkan jika saya telah menerima wang dari akaun peribadi perdana menteri berhubung dengan laporan mengenai 1MDB.

"Saya tidak menerima apa-apa dana dari akaun peribadi perdana menteri," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Anifah juga memberi amaran kepada tokoh parlimen DAP itu supaya menghentikan tuduhan terhadap beliau tanpa bukti kukuh.

"Saya menggesa Lim untuk menghentikan sebarang tuduhan salah laku terhadap pihak saya tanpa bukti.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya jika Lim terus menuduh saya tanpa sebarang bukti," kata Anifah.

Lim Kit Siang menamakan 20 menteri dan dua timbalan menteri termasuk Anifah menggesa mereka mengisytiharkan sama ada menerima sebahagian daripada dana RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi Najib.

[Baca berita asal]