'Saya tak ada apa sangat pun nak isytihar'
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini bersikap positif terhadap gesaan berterusan pembangkang supaya anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing.
“Ini OK. Ini cadangan yang bagus.
“Sudah tentu saya tidak ada banyak aset pun untuk isytihar, bukan satu masalah,” katanya.
Subramaniam berkata demikian selepas hadir dalam acara penganugerahan kad pengenalan kepada masyarakat India yang tidak mempunyai kerakyatan bawah program MyDaftar.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad hadir dalam acara sama.
Pembangkang sejak 2004 sudah menggesa kerajaan mengisytiharkan harta.
Baru-baru ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pembangkang memulaukan usaha berkaitan undang-undang dana politik selagi perdana menteri dan kabinet enggan mengisytiharkan harta masing-masing.

