Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Nasib 2 rakyat M'sia diculik belum diketahui
Diterbitkan:  Aug 21, 2015 2:36 AM
Dikemaskini: Aug 21, 2015 3:31 AM

Polis masih mengumpul maklumat mengenai keadaan dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda selepas tempat persembunyian mereka di Pulau Jolo di selatan Filipina digempur oleh pasukan keselamatan Filipina kelmarin.

Ketua Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, buat masa ini tiada maklumat terkini mengenai keadaan mereka.

Menurut laporan Reuters, sekurang-kurangnya 15 anggota militan terbunuh dalam operasi oleh pasukan keselamatan Filipina untuk menyelamatkan 10 warga asing yang ditahan yang dua daripadanya ialah warga Malaysia.

Agensi berita itu memetik seorang jeneral tentera sebagai berkata tidak ada berita mengenai nasib mangsa-mangsa culik yang dijadikan tebusan.

Kedutaan Malaysia di Manila dan Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Davao, Filipina, juga gagal dihubungi untuk mengetahui status mereka.

Dua warga Malaysia dikenali sebagai Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39, diculik di Sandakan pada 14 Mei.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS