mk-logo
Berita
'Kerat 12 pun saya tak akan fitnah Mahathir'
Diterbitkan:  Aug 21, 2015 3:45 AM
Dikemaskini: 7:02 AM

Bekas timbalan pengarah polis Cawangan Khas (SB), Datuk Abdul Hamid Bador menafikan akan memfailkan laporan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini susulan “serangannya” terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Jika dikerat 12 pun, saya sesekali tidak akan fitnah hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara ini,” Abdul Hamid dipetik sebagai berkata oleh The Malay Mail Online .

Pesanan teks yang dihantar kepada beberapa pemberita semalam menyebut Hamid akan mengadakan sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Pesanan itu menyebut sidang media akan menjelaskan dakwaan penglibatan Mahathir dengan Sarawak Report yang berpangkalan di London dalam memalsukan dokumen milik 1MDB sebagai usaha menyingkirkan Najib.

Hamid, anggota polis selama 37 tahun, dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Selasa.

Beliau berkata tidak tahu menahu sebab tindakan itu diambil.

Walaupun secara rasmi meletakkan jawatannya pada Rabu, beliau belum memutuskan sama ada untuk menerima jawatan di JPM.

Perpindahan Hamid itu yang terbaru melanda SB. Sebelum ini Mohamad Fuzi Harun dipilih menggantikan Akhil Bulat sebagai pengarah SB.

[Baca berita asal]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini