Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: Wakil rakyat PAS ingkar baiah akan dilaknat
Diterbitkan:  Aug 25, 2015 12:18 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata wakil rakyat PAS yang gagal mematuhi sumpah baiah perlu bersedia menerima laknat oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Katanya, lafaz sumpah taat setia kepada parti terkandung dalam baiah yang ditandatangani sebelum bersetuju menjadi calon atas tiket PAS pada pilihan raya umum lalu, sama ada menang atau kalah, lapor Berita Harian hari ini.

"Setiap wakil rakyat PAS ada sumpah... baiah.

"Itu adalah satu sumpah jika mereka tidak patuh kepada parti dan arahan parti, mereka akan dilaknat.

"(Itu) mereka sebut sendiri dan mereka (perlu) mengosongkan kawasan. Itu kawasan yang mereka buat," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Penegasan itu diberikan ekoran beberapa wakil rakyat PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bercadang mahu menubuhkan parti Islam baru yang bakal diumumkan pada 31 Ogos ini.

Susulan itu juga, kepimpinan PAS di beberapa kawasan di Selangor dan Johor meletakkan jawatan dan mengumumkan untuk menyertai parti Islam itu selepas ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS