Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM serah notis pada keluarga 'individu hilang'
Diterbitkan:  Aug 26, 2015 11:25 AM
Dikemaskini: 7:13 AM

Notis telah diserahkan kepada keluarga ahli perniagaan Jho Low dan bekas pegawai tertinggi SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin, untuk hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan.

Difahamkan notis tersebut diserahkan awal minggu ini, selepas SPRM mengumumkan Sabtu lalu bahawa badan itu sedang mencari Jho Low, Nik Faisal dan Suboh.

Memetik sumber dari SPRM yang tidak mahu disebut namanya sebagai mengesahkan penyerahan notis tersebut kepada keluarga Jho Low di Pulau Pinang dan juga kepada individu lain.

Ia tidak diketahui sama ada Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, telah dihubungi SPRM.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS