Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan pro-Najib dalam Pemuda Umno menekan Ketuanya Khairy Jamaluddin untuk membuat pendirian sama ada beliau menyokong atau tidak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurut sumber dalam pergerakan itu, empat anggota exco Pemuda menuntut supaya Khairy menyatakan pendirian dalam mesyuarat Pemuda kelmarin.

"Mereka menuntut supaya Khairy menyatakan pendiriannya, sama ada beliau menyokong Najib atau menentang," kata sumber yang namanya tidak mahu disebut kepada Malaysiakini .

Sumber mendakwa tuntutan tersebut mengecewakan Khairy dan menyatakan beliau tidak boleh membuat kenyataan itu tetapi membuat satu kompromi yang diumumkan dalam sidang media kelmarin.

Bagaimanapun, Ketua Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii menafikan tedapat desakan untuk menekan Khairy membuat pendirian.

"Tidak, ia tidak berlaku," katanya kepada Malaysia menjawab dakwaan sumber tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi Khairy dan sedang menunggu maklum balas.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS