Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Pemuda Umno tak desak saya buat pendirian mengenai Najib

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan laporan bahawa beliau didesak untuk membuat pendirian mengenai Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa mesyuarat exco Pemuda awal minggu ini.

"Anda ada di mesyuarat itu? Saya berada di mesyuarat itu. Ia tidak berlaku," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Awal hari ini, satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan pro-Najib dalam Pemuda Umno mendesak Khairy membuat pendirian sama ada beliau menyokong Najib atau tidak.

Sumber dalaman sayap itu berkata empat anggota exco Pemuda Umno meminta Khairy mengisytiharkan pendiriannya sewaktu mesyuarat pergerakan itu pada hari Selasa.

"Mereka menuntut supaya Khairy menyatakan pendiriannya, sama ada beliau menyokong atau tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Khairy juga enggan mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menyokong bekas timbalan perdana menteri itu.

Pada hari Selasa, Khairy berkata Pemuda Umno masih menghormati Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti walaupun beliau digugurkan sebagai timbalan perdana menteri bulan lepas.

Semalam, Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada Khairy dan akar umbi parti itu kerana menyokong beliau sebagai timbalan presiden parti.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Khairy dan kepimpinan Pemuda atas keberanian mereka.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS