Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat berkaitan penglibatan beliau dalam perhimpunan BERSIH 4.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dakwaan Mahathir yang dibuat semasa protes itu.

"Kita akan memanggil beliau (Mahathir), beliau telah membuat ucapan dan tuduhan," katanya.

Menurut Khalid, Dr Mahathir antaranya mendakwa pemimpin Umno telah mengambil rasuah, "jadi kami mahu mengetahui lebih lanjut."

Bercakap dalam sidang akhbar di Pelabuhan Klang hari ini, IGP berkata Mahathir akan dipanggil tidak lama lagi.

Khalid juga mengesahkan bahawa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga akan disiasat kerana menyertai perhimpunan itu.

IGP berkata, pihaknya akan menyiasat semua pemimpin utama yang menyertai BERSIH.

[Baca berita penuh/asal]