Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tindakan polis terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu hakikat kehidupan, kata isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Itulah politik, itulah cara hidup di Malaysia," kata Siti Hasmah ketika ditemui pemberita di luar Lapangan Terbang Subang hari ini.

Beliau menjawab soalan berhubung perasaannya tentang pihak berkuasa mahu mengambil tindakan terhadap bekas pemimpin paling lama berkhidmat seperti Dr Mahathir.

Polis mahu menyiasat negarawan itu ekoran penyertaan beliau dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.

Ditanya jika beliau bersedia Dr Mahathir dipenjara, Siti Hasmah berkata beliau tidak pasti.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku, jadi saya tidak boleh kata jika saya bersedia," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS