SPRM sedia bantu polis berhubung siasatan ke atas Justo

   

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpandangan bahawa siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo hendaklah diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana PDRM telah pun membuka kertas siasatan terhadap perkara itu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata PDRM perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan.

"Sekiranya PDRM menemui unsur-unsur berkaitan rasuah dalam kes tersebut, pihak polis boleh meneruskan siasatan kerana mereka juga mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes berunsur rasuah.

"Namun, sekiranya PDRM berpendapat kes tersebut wajar disiasat oleh SPRM, SPRM bersedia bekerjasama dengan pihak polis serta memohon bantuan pihak polis mendapatkan akses bagi mendapatkan keterangan daripada Justo yang ditahan di penjara Thailand," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[Baca berita lanjut]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In