Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sedang bersiap sedia untuk menghantar pegawai-pegawainya ke luar negara untuk menyoal siasat ahli perniagaan Jho Low berkaitan kontroversi 1MDB.

Turut akan disiasat Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil dan pengarahnya Suboh Mohd Yassin.

SRC International bekas anak syarikat 1MDB.

SPRM sebelum ini sudah mengeluarkan notis supaya tiga individu itu tampil pada 22 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan kemasukan RM42 kita ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa SPRM sudah pun berhubung dengan keluarga tiga lelaki itu.

“Kita telah pun berhubung dengan mereka dan nampaknya mungkin merakamkan kenyataan mereka di luar negara,” kata sumber sambil menambah ia akan diketuai oleh pengarah siasatan SPRM Azam Baki.

Sumber lain berkata ketiga-tiga mereka bimbangkan keselamatan mereka jika pulang ke Malaysia dan mahu soal siasat dibuat di luar negara.

Jho Low dikatakan sedang berada di Taiwan.

SPRM mengeluarkan notis siasatan kepada anggota ketiga-tiga mereka pada 26 Ogos.

Bekas timbalan pengarah polis Cawangan Khas Abdul Hamid Bador bulan lalu mendakwa terdapat usaha menyembunyikan saksi-saksi dan siasatan terhadap SRC International.

Tanpa menamakan secara khusus, Abdul Hamid berkata salah seorang daripada saksi-saksi sebelum ini bersembunyi di Thailand dan kini New Zealand.

Pada Julai lalu, pihak imigresen telah mengeluarkan larangan keluar negara terhadap Nik Faisal sementara Suboh dilaporkan hilang.

Alamat terakhir Nik Faizal di Alam Impian, Shah Alam; sementara Suboh pula di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan Jho Low di Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang.

Selain siasatan isu wang RM42 juta itu, SPRM juga menyiasat pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Jho Low antara sasaran kritikan keras bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu berkaitan 1MDB.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho pada 23 Ogos lalu dilapor sedia membantu SPRM.

Jurucakapnya berkata wakil Low akan menghubungi suruhanjaya itu untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS