Himpunan Rakyat Bersatu: Artis tak kalah
Selepas penat berarak dan mendengar ucapan pemimpin Umno, peserta berpeluang pula bertemu dengan beberapa selebriti yang turut meluangkan masa menyertai perhimpunan di Padang Merbok itu.
Antara mereka ialah Liza Abdullah dan Kuna - atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Mukhzani.
Liza popular pada era 1980-an dan pernah menghiasi pelbagai produksi layar perak atau televisyen.
Dia turut menjayakan filem Ali Setan bersama Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud pada 1985.
Beliau juga muncul bersama A R Badul dalam filem Pagar-pagar Cinta serta Jejaka Perasan (bersama Salih Yaacob).
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.