Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda MCA Johor hari ini mendakwa pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada perhimpunan 'Baju Merah' memesongkan pendirian kesederhanaan dan ideologi 1Malaysia yang beliau pertahankan.

"Kami rasa beliau, sebagai perdana menteri dan pengerusi BN, telah membuat kenyataan yang tidak sesuai," kata Ketua Pemudanya Koo Choon Peng.

Susulan pengumuman Pemuda MCA Pasir Gudang yang memutuskan hubungan dengan perdana menteri, semua 25 ketua Pemuda MCA bahagian di negeri itu telah berbincang mengenai perkara itu melalui WhatApps, kata Koo.

"Kami akan memanjangkan pandangan kami kepada kepimpinan MCA pusat dan Pemuda MCA dalam satu taklimat pada Khamis," katanya.

Ditanya tindakan Pemuda MCA Johor seterusnya selepas tidak gembira dengan kenyataan Najib itu, Koo berkata mereka akan mengikut nasihat kepimpinan tertinggi parti.

Ekoran keputusan Pemuda MCA Pasir Gudang itu juga, kebanyakan pemimpin merasakan keputusan memutuskan hubungan dengan Najib, sebagai tindakan drastik yang tidak diperlukan, katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS